UNTUK SAHABAT DARI NEGARA JIRAN SEPERTI SINGAPORE, BRUNEI, INDONESIA PEMBAYARAN BARANG BOLEH DILAKUKAN MELALUI WESTERN UNION DAN PAKET DIKIRIM MELALUI EMS NATIONAL COURIER

Contact:
Admin Blog
Hp: 0138842498
Whatapps: 0138833342

Monday, July 27, 2009

Babi menjadi Batu



Pada tahun lepas saya telah dihantar untuk menjalankan tugas di kawasan pedalaman di keningau Sabah. Pada kesempatan itu saya sempat singgah di satu kawasan yang menjadi lagenda yang mana terdapatnya batu yang dipercayai babi yang telah menjadi batu. Pada satu ketika dahulu terdapatnya babi atau raja babi yang bersaiz sangat besar dari babi biasa yang bermaharaja lela dikampung tersebut. Oleh kerana tidak tahan dengan gangguan babi tersebut, sekumpulan pemuda kampung telah menjejak babi tersebut. Ternyata babi ini susah ditumpaskan kerana mempunyai kuasa mistik, tapi akhirnya tumbang juga setelah ditewaskan oleh seorang dari kumpulan itu yg mempunyai kebatinan tinggi. Babi itu kemudiannya dibawa kesungai dan dilapah. Oleh kerana saiz babi itu sangat besar, maka kumpulan itu meninggalkan sementara bangkai babi itu disungai untuk memanggil lebih ramai org kampung untuk mengangkut babi tersebut. Tetapi anehnya sekembalinya mereka dari kampung, babi yang mereka telah lapah itu telah bertukar menjadi batu dan masih kelihatan sehingga ke hari ini. Oleh kerana dimakan waktu dan terhakis oleh banjir sungai batu ini semakin tidak menyerupai babi..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.