UNTUK SAHABAT DARI NEGARA JIRAN SEPERTI SINGAPORE, BRUNEI, INDONESIA PEMBAYARAN BARANG BOLEH DILAKUKAN MELALUI WESTERN UNION DAN PAKET DIKIRIM MELALUI EMS NATIONAL COURIER

Contact:
Admin Blog
Hp: 0138842498
Whatapps: 0138833342

Friday, June 19, 2009

Cincin Seri Bulan @ Mata Dewa


Batu cincin ini dipanggil batu seri bulan @mata dewa. keunikannya ialah bercahaya apabila dalam gelap. -TELAH DITEBUS

Cincin Siput Jadi Batu

Barang ini adalah cincin yang berbatukan Siput yang telah menjadi batu. Agak unik dan sesuai untuk dijadikan koleksi istimewa. Batu ini mampu menyimpan cahaya dan kelihatan cantik pada waktu malam. Dilepaskan seadanya RM150

Sanggol Ratu


Senjata Unik yang dipanggil Sanggol Ratu. Didapati melalui ritual oleh seorang guru. Usia senjata ini agak tua mencecah ratusan tahun. Bertuah dan Antik. Mahar tebus RM600.

Thursday, June 18, 2009

Keris Nagosostro dan Quran Istanbul







Sepasang Barang bertuah yang amat cocok. Quran Istanbul seperti mana yang diketahui umum ampuh untuk pendinding diri dari segala ancaman zahir dan ghaib, pelaris, wibawa dan lain lain. Keris Nagosostro di atas adalah keris istimewa. Keris ini ternyata didapati dari tuan asalnya iatu seorang Bomoh yang agak tersohor di sabah melalui ritual dan dizahirkan dari alam Ghaib. Selama ini telah digunakan oleh beliau dalam pengubatan pesakit-pesakit. Kini keris ini diamanahkan kepada saya. Kegunaannya dalam perubatan tidak asing lagi malah dikatakan juga bisa untuk penawar ilmu kebal dan pelaris selain khasiat khasiat lainnya yang tidak terungkap. Kini saya amanahkan keris dan Quran Istanbul ini kepada sesiapa yang berminat dengan mahar mas kawin pindah milik RM3000.

CINCIN ISTIMEWA


Cincin ini diberi oleh seorang tua kepada saya. Pernah satu ketika saya telah mendapat alamat mimpi nombor bertuah melalui cincin ini:) Uniknya pada permata ini terwafak angka lapan secara semulajadi dan sukar didapati. Sesuai dengan Angka 8 yang bermakna kaya dalam kepercayaan orang cina, cincin ini bertuah untuk rezeki. Saya lepaskan cincin ini dengan mas kawin hanya RM888 sesuai dengan angkanya.

Cincin Zamrud Kalimantan

Terdapat pemandangan Cantik dalam permata ini. Cantik untuk dipakai. Dilepaskan begitu sahaja mahar RM100

CIncin Batu Delima


Cincin dengan permata delima asli. Permatanya cantik dan berkilauan apabila terkena cahaya.Saiz cincin 18. Dimaharkan RM300.

Cincin Pusaka Akik


Tidak dapat diketahui berapa lama usia cincin pusaka ini, bersarang perak tebal dan bersaiz 18. Yang pasti cincin ini agak lama usianya. Saya pernah mencuba memakai cincin ini pada satu ketika, dimana terdapat kejadian aneh. Ketika itu saya dan kawan kawan membuat kerja malam, tiba-tiba kayu kering yang saya pegang berasap tanpa sebab. Tak tahu terbakar atau tidak, apinya tak kelihatan. Setelah disimbah air kayu tersebut tetap berasap tanpa sebab musabab. Aneh!
Kata seorang guru cincin ini adalah untuk menghalang gangguan makhluk halus dan berkhasiat untuk disegani orang. Dimaharkan serendah RM499.

Cincin Delima Daging


Cantik dan manis apabila disarung di jari. Terdapat kilauan cantik apabila terkena cahaya, diikat perak tebal saiz 20 dan terdapat berlian merah di sekitarnya.

Permata Kecubung


Permata kecubung ini didapati melalui tarekat oleh seorang guru. Amat cantik dan terpancar kilauan indah jika disinari cahaya.Permata ini secara alami mempunyai khasiat untuk menambah sensitivity indera ke-6, menambah kekuatan metafizik dan supernatural, baik untuk afikasi dalam meditasi. Telah diikat dalam bentuk kalung, agak lama besinya. Telah terisi tuah untuk pengasihan. Boleh ditebus dengan mahar serendah RM500

Raja Kayu dan Batu Tourmaline


1. Batu tourmaline khasiatnya lebih kepada penyeimbangan aura.
2.Raja Kayu- besar kegunaannya dalam perubatan tradisional. Yang ada pada saya ini jika sisa kikisan kayu digosok pada kulit ia akan hilang meresap kedalam kulit.
Kedua dua barang ini dimaharkan seadanya RM150

Batu kalung Azimat Kuno


Kalung Ini diperbuat dari batu lama dipercayai daripada zaman dinasti Ming. Agak Antik, dimaharkan seadanya RM400

Geliga Labi


Geliga ini ditemui oleh bapa saya didalam badan labi kepunyaan adik saya yang telah tua berdekatan dengan jantungnya. Masih kabur akan kegunaannya. -TELAH DITEBUS