UNTUK SAHABAT DARI NEGARA JIRAN SEPERTI SINGAPORE, BRUNEI, INDONESIA PEMBAYARAN BARANG BOLEH DILAKUKAN MELALUI WESTERN UNION DAN PAKET DIKIRIM MELALUI EMS NATIONAL COURIER

Friday, September 25, 2009

Mangkuk Tibet

Mangkuk Besi Ini berasal dari Tibet. Uniknya ia berbunyi jika digosok. Ia digunakan oleh sami2 tibet untuk memudahkan pelayaran alpha dalam meditasi dan juga untuk mencuci aura objek dengan meletakkan objek/barang kedalam mangkuk ini ketika ia dibunyikan.

Crystal tua


Disimpan guru selama 20 tahun. Berkhasiat untuk pendinding zahir dan batin, menambahkan daya intuisi agar mudah mencari benda yang dicari di hutan. Uniknya pada hujung crystal ini ada kawasan kecil yang berwarna pelangi.

Crystal Lipan


Crystal ni ditemui dikepit oleh seekor lipan yang besar oleh guru, lalu guru mengambil crystal ini bersama lipannya sekali ke rumah. Ketika pertama kali saya memegang crystal ini terasa seperti kena renjatan elektrik! khasiatnya sama dengan geliga lipan yang biasa ditemui tapi belum mampu tembus pandang.

geliga misteri

Geliga misteri ini mempunyai banyak khasiat terutamanya dalam perubatan.

Wednesday, September 23, 2009

Geliga Lipan


Geliga lipan ini asalnya sebiji dan telah beranak pinak kini menjadi 4 biji. Sudah discan guru dan ternyata asli. Berusia dalam lingkungan 20 tahun masih muda dan belum tembus pandang. Khasiatnya saya rasa semua orang pun tahu :) Kepada yang berminat sila hubungi saya.
p/s Benda kekuningan sedikit lutsinar itu adalah sejenis keminyan arab yang wangi. Kata guru ia sebagai makanannya supaya boleh beranak. Kata guru semakin banyak ia beranak pinak rezeki pun makin murah. Apapun semuanya atas ketentuan tuhan. Dan lagi satu geliga lipan haruslah jangan selalu dilihat. Memadai dilihat sekali seminggu atau dua minggu sekali. Takkan orang nak beranak pun nak kena sekodeng yer..hehe :)

Telur Ayam Jantan Asli



Telur ayam jantan ini ditemui sendiri oleh pakcik saya dalam kandang ayam jantannya. Masih kabur akan kegunaannya. Cuma setakat ni hanya disimpan sebagai koleksi pelik.

Geliga Kekuatan

Geliga ini didapati dari seekor binatang pemakan ikan di sungai, namanya tak ingat. Fungsinya untuk kekuatan dan kekebalan. Ia kepunyaan seorang guru. Geliga ini sudah dicoba dan ternyata sangat ampuh sekali. Tapi sayangnya tuan punya belum mahu lepas barang ni lagi...

Friday, September 18, 2009

Kayu pelik

Perhatikan, cabang kembar kayu ini bertemu dan menjadi satu. Banyak khasiatnya. Bukan saya punya, tapi guru punya :) kayu apa tak tau..

Geliga dan Buntat

Yang warna coklat tu geliga kijang, yang putih tu buntat.. lupa plak buntat apa..

Koleksi Minyak





Ini adalah antara koleksi minyak ubat dan Minyak Pengasih guru.. Macam2 ada :)

Kulat Gergasi

Kulat jenis apa, saya tidak tahu. kulat ini koleksi simpanan guru..

Bambu Pethuk


Untuk melancarkan urusan, pembawa tuah, pelaris...
Sangat dicari oleh sesetengah orang. TELAH DITEBUS

Syiling Lama


Saya tak tau syiling apa ni. Koleksi moyang sahabat yang telah diberikan kepada saya. Untuk yang tahu dan berminat, Maharnya RM300 sepasang.

Koleksi Buntat Air

Ini adalah buntat air dari kelas tinggi. Koleksi peribadi.. :)

Delimah mirah

Warisan pusaka guru. Masih muda.

Batu Bunian @ Watu Tumotolong





Batu ini dinamakan batu tumotolong dalam bahasa suku kaum Dusun di Sabah. Ia juga dikenali sebagai batu bunian. Antara kegunaannya adalah untuk pengasih, melancarkan urusan, pelaris dan membuka 4 penjuru angin rezeki. Hubungi saya jika berminat.

Batu Ular Dari Alam Ghaib



Batu berbentuk tempayan dililit ular ini adalah hadiah dari alam ghaib. Kegunaannya...? tidak pasti..

Thursday, September 17, 2009

Rotan Bertemu Ruas

Saya rasa banyak yang tahu khasiatnya. Hubungi saya jika berminat.

Telur Misteri

Benda ini fizikalnya batu. Ada yang mengatakannya telur ayam jantan jadi batu ada juga yang mengatakannya Geliga bumi/buntat bumi. Masih kabur apakah benda ini sebenarnya serta kegunaannya. Yang pasti bila digoncang2 geliga ini akan kedengaran sesuatu seperti ada benda lain didalamnya. Mungkin geliga dalam geliga??

Wednesday, September 16, 2009

???

Tak tau apa benda ni.. ditemui dalam perut kerbau..

Thursday, September 10, 2009

Batu Berlogam


Batu ini ditemui ketika berjalan didalam hutan. Uniknya batu ni ada logam tertanam padanya :)

? Batu Bentuk Jantung Manusia

Batu unik ini kalau dibelek2 memang iras bentuk jantung. Telah ditemui oleh adik perempuan saya ketika menyelam didasar sungai. Katanya kelihatan seperti berdenyut2 ketika ditemui. lalu saya katakann.. "ah.. ini mungkin Jantung JIn..!" hehe

Buntat Air


Buntat ini didapat dari alam ghoib. Berkhasiat untuk pelaris, rezeki tidak terduga dan perubatan.

Teras Kayu Jadi Batu




Ini adalah teras kayu yang telah menjadi batu. Kurang jelas dari jenis kayu apa. Batu ini adalah dari warisan nenek moyang sahabat. Berkhasiat dalam perubatan, pembuka lohong rezki, pendinding zahir dan batin. Pernah satu ketika moyang sahabat menggunakanya sebagai azimat kebal sehingga rambut pun tak putus! Menurut sahabat kalo kena pada caranya memang batu ini boleh membuat pemiliknya kebal umum. Hubungi saya jika berminat.


Sunday, September 6, 2009

Kendi Misteri Berpeluh Minyak

Kendi ini adalah daripada warisan turun temurun nenek moyang sahabat. Dianggarkan berusia ratusan tahun. Tidak berapa jelas apakah kegunaannya. Uniknya kendi misteri ini sentiasa berpeluh minyak dan kadangkala berbau harum.



kunyit Hitam


Sangat dicari orang untuk tujuan "proses.." , ada juga yang mahu untuk ibu duit serta besar khasiat dalam perubatan. Benda ni sukar nak dapat. Tapi saya bernasib baik kerana dihadiah kawan sebagai tanda perkenalan. Beliau mempunyai 2 kunyit hitam asli pusaka turun temurun , salah satunya dihadiahkan kepada saya. Saya tak berniat nak jual kunyit ni kerana benda ni sangat sukar untuk dicari, tapi kalau serius berminat boleh hubungi dan cobalah tawaran tertinggi anda, kalau mahar tebusnya cocok, maka rezeki andalah.

Tuesday, September 1, 2009

Batu Pelik

Ditemukan secara tidak sengaja ketika berjalan dalam hutan. Pada batu ini terdapat/ tertanam logam yang tidak diketahui jenis apa. Ia berwarna keemasan dan bersinar ketika ditemui..

Cincin Permata Geliga Embun

Cincin ni memang unik kerana permatanya geliga embun jenis keras. Saya masih sayang cincin ni tapi jika ada yang serius berminat boleh lah hubungi saya untuk berunding. -SUDAH DIAMBIL