UNTUK SAHABAT DARI NEGARA JIRAN SEPERTI SINGAPORE, BRUNEI, INDONESIA PEMBAYARAN BARANG BOLEH DILAKUKAN MELALUI WESTERN UNION DAN PAKET DIKIRIM MELALUI EMS NATIONAL COURIER

Contact:
Admin Blog
Hp: 0138842498
Whatapps: 0138833342

Tuesday, February 9, 2010

Salam Takziah

Pada tanggal 19/12/2009 saya telah datang ke acara pengebumian teman bapak saya ke rumah arwah. Saya begitu sayu dan terkilan karna tidak dapat mengunjungi beliau sewaktu saat2 akhirnya karna beliau kelihatan sihat. Arwah telah pergi selamanya disebabkan oleh serangan angin ahmar ketika beliau memotong getah di kebun. sebenarnya saya ada rencana utk menemui beliau utk menanyakan beberapa barang mistis yang dipegang beliau tapi tidak kesampaian. Beliau telah pergi selamanya ketika berumur 63 tahun. semasa hayatnya beliau dikenali sebagai pahlawan iban yg cukup disegani. Saya ada pernah mendegar akan kehebatan beliau mengangkat sebuah van kerana bertengkar dengan seseorang. malah beliau juga tidak boleh dilangkah. pernah suatu ketika istrinya secara tidak sengaja terlangkah beliau ketika sedang tidur dan akibatnya istrinya termuntah darah dan hanya dapat dipulihkan oleh arwah sendiri. Beliau juga sangat suka menyimpan barang2 mistik dan ganjil. Antaranya yg menarik perhatian penulis ialah pedang puaka dan lembing keturunan.

Ini saya panggil pedang puaka kerana banyak cerita berkenan dengan pedang ini. Ia dipercayai berusia mencecah ratusan tahun dan telah digunakan semasa perang dan dipercayai telah banyak memakan korban/ memenggal kepala manusia. Lihat sahaja hulunya, ia diperbuat daripada tulang peha manusia yg telah diukir cantik. Kononnya pedang ini tidak boleh dihunus sembarangan. Jika dihunus, ia harus memakan darah sebelum dimasukkan kembali ke sarungnya. Auranya sangat kuat sehingga menyentrum keseluruh badan..

Yg diatas adalah lembing kesayangan beliau. juga telah berusia ratusan tahun dan diperturunkan dari nenek moyang. Lihat sahaja kesan darah pada bilahnya. ketika penulis memegang tombak ini, auranya merusuk langsung dan sangat kuat sekali.
Yg dibawah adalah antara koleksi pedang. barang2 beliau yg lain tidak dipamerkan oleh ahli keluarga mendiang..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.