UNTUK SAHABAT DARI NEGARA JIRAN SEPERTI SINGAPORE, BRUNEI, INDONESIA PEMBAYARAN BARANG BOLEH DILAKUKAN MELALUI WESTERN UNION DAN PAKET DIKIRIM MELALUI EMS NATIONAL COURIER

Sunday, June 20, 2010

Cincin Pusaka Anih





Cincin ini didapat dari seorang tua yg dah berumur 94 tahun. Menurut beliau cincin ini adalah pusaka sejak dari nenek moyangnya dan beliau adalah pemilik generasi ke-empat. Menjadi pakaian beliau dan tak pernah lepas tangan dari jarinya. Tapi akhirnya tewas ke tangan saya setelah dipujuk2 hehe.

Menurut ceritanya, rupanya batu ini adalah hasil muntahan seekor ayam jantan. Pada masa dulu ketika moyangnya pergi bertapa, moyangnya itu telah mendapat petunjuk akan mendapat sesuatu. Tetapi malangnya sepanjang pertapaan nya satu barang pun tak dapat. Maka beliau pulang dengan tangan kosong. Ketika saatnya sampai dirumah, tiba2 seekor ayam jantan berkokok dengan kuatnya sehingga termuntahlah batu pelik ini.

Batu ini dibuat oleh moyangnya sendiri (home made) tu sebab ikatan tak cantik. Diperbuat dari perak. yg anehnya, ikatan cincin ini bila dipegang sentiasa licin seperti lintah yg berminyak walaupun dicuci. Kununnya ia terjadi sedemikian kerana disebabkan oleh batunya cincin itu. Lagi satu, bila dilihat dalam batu, akan ternampak macam2 objek termasuk bayangan manusia. Malah bila disinari matahari ketihatan seperti batu opal. Pelik bin ajaib ketika saya memakai cincin ini disebelah tangan kanan dan emas di sebelah tangan kiri, tanpa saya sedari dalam masa 2 jam sahaja emas yg saya pakai dah bertukar keputihan seperti silver dah! Mak Ai!! agaknya cincin ni kuat jeles kot taknak benda lain yg lebih cantik.

-NOT FOR SALE FOR NOW-

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.