UNTUK SAHABAT DARI NEGARA JIRAN SEPERTI SINGAPORE, BRUNEI, INDONESIA PEMBAYARAN BARANG BOLEH DILAKUKAN MELALUI WESTERN UNION DAN PAKET DIKIRIM MELALUI EMS NATIONAL COURIER

Sunday, January 23, 2011

MINYAK DUYUNG (Not For Sale)






(MINYAK INI TIDAK DIJUAL-HANYA UTK PERKONGSIAN)
Menurut guru terdapat 3 jenis air mata duyung . Air mata duyung putih- kuning -merah (mengikut kesukaran). Yg warna merah adalah yg paling sukar di dapat. Minyak ini telah di adun dengan 6 jenis bahan yg lainnya selain dari air mata duyung, yg mana bahannya amat sukar utk didapatkan. Antaranya ialah embun dasar laut (tak tau nak namakan cecair ini maka dinamakan embun dasar laut). Embun dasar laut ini hanya didapat didasar laut dan hanya penyelam berpengalaman dan arif dengan ilmu mistik yg akan mengetahui keberadaan dan mengangkatnya dari dasar laut. Bentuk asalnya seperti embun di waktu pagi dan mempunyai suhu kesejukan seperti ais dan tidak bercampur dengan air laut kerna itu membentuk gumpalan seperti embun. Namun apabila sampai ke permukaan air ia akan pecah seperti air biasa. Minyak yg terhasil dari adunan dan ramuan istimewa ini akan menghasilkan minyak, bukan minyak kelapa atau minyak wangi tanpa alkohol yg dituang bersama ramuan. Dengan terhasilnya minyak adunan ini dengan air mata duyung sebagai bahan utama selain 6 bahan misteri yg lain dan diritual serta ditapakan, maka minyak ini dipercayai mempunyai kekuatan magis yg luarbiasa sekali malah boleh bertambah dan surut dengan sendirinya. Cara gunanya cukup mudah, cuma di bawa bersama, tidak perlu dicalit. Jika nak guna utk memikat wanita, cukup ditenung wanita yg dicintai maka si sang wanita ini akan jatuh hati dengan pemilik minyak. Maka itu minyak ini tidak akan dilepas oleh guru sewenang-wenangnya kerana takut disalah guna walapun minyak ini mempunyai banyak kasiat seperti pelaris, penunduk dan lain2. Hati hati dengan botolnya kerna jika penutupnya terbuka , ia boleh menyebabkan kerosakan pada kenderaan yg di bawa. Inilah serba sedikit perihal minyak duyung simpanan guru utk renungan kita bersama.


p/s: ( menurut guru) Duyung bukan dugong ya. Duyung adalah spesis ikan yg menyerupai manusia dan adalah makhluk yg penuh misteri. Mukanya menyerupai manusia dan dari pinggang akan terbentuk seperti ikan. Alat kelamin tidak kelihatan. Buah dada duyung hanya terdapat pembentukan seperti buah dada manusia sahaja. Kalau nak dapat air matanya, harus menangkap duyung ini dengan memukatnya dan bila dah ditangkap lalu berpura2 nak menetak makhluk ini, lalu si dyung yg malang akan menaNgis dan air matanya akan ditadah atau diambil dengan kapas. Duyung adalah spesis yg teracam dan hampir pupus. Menurut guru makhluk ini boleh dilihat pada masa tertentu dalam bentuk kumpulan pada masa tertentu di kepulauan indonesia. Tempat dirahsiakan agar tidak ada aktiviti penangkapan dan pembunuhan makhluk ini.

IMEJ2 DUYUNG DARI INTERNET UTK IMAGINASI KITA YG TAK PERNAH NAMPAK DUYUNG




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.