UNTUK SAHABAT DARI NEGARA JIRAN SEPERTI SINGAPORE, BRUNEI, INDONESIA PEMBAYARAN BARANG BOLEH DILAKUKAN MELALUI WESTERN UNION DAN PAKET DIKIRIM MELALUI EMS NATIONAL COURIER

Contact:
Admin Blog
Hp: 0138842498
Whatapps: 0138833342

Saturday, May 6, 2017

Keris Pusaka Jawa (TERMAHAR)

Kali ini sy paparkan sebilah keris bertuah yg didapat langsung dari pewarisnya seorang nenek tua.
Nama Keris: keris Tilam Upih
Pamor: Bendo segondo, bentuknya menyerupai bulatan menggumpal dari bawah ke atas, bulatanya berdekatan , sangat unik dan menarik. Pamor ini adalah di antara pamor yg dicari dan agak langka. Pilosopi dari pamor bendo sengondo adalah utk kerezekian. Senang menemukan rezeki. Juga utk pengasihan, senang bergaul dgn sesiapa sahaja, dan mudah utk mendapat teman atau menjalinkan pertemanan dgn sesiapa sahaja. Dalam hal ini ia sgt baik bagi seseorang yg berniaga atau pekerjaan yg selalu bertemu dgn pelanggan. kita akan disenangi dan dihormati oleh org sekeliling. Ia juga baik utk kerukunan rumah tangga. Boleh dijadikan andalan sebagai penjaga rumah dan menangkis serangan serangan sihir atau guna guna.
Tangguh: Tangguh Tuban, sekitar abad ke 14 masihi. Ciri ciri bilah sesuai dgn abad tersebut, iatu penempaan bilah yg matang yg membawa maksud bilah ditempah sehingga menipis meninggalkan hanya teras besi. Hasilnya besi keris menjadi padat dan sedap d tangan. Dapurnya tilam upih dan bilah keris mempunyai 3 tone warna.
Hulu keris: Handle dari kayu yg sudah sgt tua, bermotifkan Motif Putra satu dengan ukiran yg terperinci dan teliti.
Fakta Tambahan:
Keris ini dibawa merantau oleh perantau dari jawa ke tanah borneo suatu masa dahulu. Pemilik asal telah berkahwin dgn seorang wanita dari suku kaum dusun dan keris ini diturunkan dari satu generasi ke satu generasi sehingga ke generasi yg terakhir iaitu seorang nenek tua. Beliau melepaskan keris ini utk dijaga oleh org lain kerana keturunannya yg ada tidak berminat menjaga keris ini. Keris ini mempunyai bau wangi yg agak kuat. Kadang kadang wanginya bertambah kuat. Kadang kadang wanginya agak pahit. Ia membawa maksud tertentu. Contohnya berbau pahit menandakan ada serangan goib dari luar.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.