Wednesday, August 2, 2017

The gayang,, The sword Of Pride Of The Dusun Tribe , North Borneo

Gayang adalah senjata tradisional suku Kaum di Sabah, yg juga dikenali sebagai North Of Borneo oleh org eropah. Sebelum dan semasa zaman penjajahan, senjata ini adalah senjata kebanggaan dan andalan suku kaum Dusun yg mana menjadi penduduk majoriti di Sabah. Terdapat beberapa teori kewujudan gayang ini , ada yg mengatakan ia terbit dari aspirasi pedang mandau dayak kuno walaupun suku kaum Dusun ini masih dikategorikan sebagai rumpun dayak.

Lazimnya gayang Dusun adalah senjata khusus untuk berperang dan juga ada sesetengahnya dijadikan sebagai alat ritual dalam upacara tertentu mengikut adat isitiadat org Dusun. Terdapat 27 suku kaum dusun di Sabah dan terdapat beberapa panggilan untuk senjata perang tradisi ini mengikut suku kaum. Antaranya seperti Binuransai (Lotud), Sapadang (rungus) dan lain lain. Amnya Gayang dusun asli mempunyai bilah yg sangat tebal, rata rata sekitar  0.8cm -1.0 cm dan ada yg lebih tebal dari itu. Biasanya mempunyai profil bilah yg lurus. Manakala hulunya ada yg diperbuat dari tembaga, tanduk binatang ( biasanya tanduk rusa), kayu kayuan yang dianggap menpunyai kuasa mistik dan jarang sekali dari tulang manusia. Ia juga dihiasi dengan ukiran ukiran yg rumit yang selalunya bermotifkan ketuhanan dan motif flora dan fauna. Ini sedikit sebanyak membezakan pedang gayang dengan senjata mandau dayak yang lebih bermotifkan dewa perang , naga dan lintah sebagai simbolik pedang perang.

Pembuatan gayang " modsupu" pada suatu masa dahulu adalah satu proses yang sangat rumit. Bukan sahaja pembuatannya dibuat dengan ritual ritual yang rumit, malah bahan untuk membuat gayang seperti hulu dan besi bilah juga didapatkan dengan cara rumit melalui permohonan atau ritual oleh pawang Suku kaum Dusun yang dipanggil Bobolian/Bobohizan. Kebanyakan bilah gayang yang dibuat pada zaman dahulu diperbuat dari besi campuran , diolah dan ditempa sehingga menghasilkan lamina pada bilah. Ini bukan sahaja dipercayai untuk memperkuatkan bilah tetapi juga memperkuatkan senjata ini secara mistik kerana besi yang dicampur dalam pembuatan bilah bukannya besi sembarangan melainkan besi pilihan yg dipercayai mempunyai unsur unsur mistik. Menurut kepercayaan org Dusun, Pedang gayang yang masih "osundu"/ sakti, dapat memberikan petunjuk kepada pemiliknya apabila berlaku bencana, contohnya bergetar atau tercabut sendiri dari sarungnya. Ia juga dipercayai boleh menjaga rumah daripada pencuri atau menjadi benteng serangan serangan mistik.

Kesimpulannya pedang gayang ini, bukan sahaja sebagai simbolik kepahlawanan tetapi ia juga menjadi andalan dan kebanggaan pemiliknya. Pada ketika ini pedang pedang gayang ini semakin sukar ditemui kerana kebanyakannya di abaikan dan reput ditelan zaman selepas pemilik menganuti agama dan meninggalkan kepercayaan lama.



Pedang gayang yang dipercayai milik Mat Salleh, diserahkan kepada William Cowie sebagai tanda penyerahan beliau kepada British, namun pedang ini telah dikembalikan semula oleh Wiliam cowie kepada beliau sebagai tanda persahabatan. Keberadaan pedang ini pada ketika ini tidak diketahui. Kelihatan bilah gayang dihiasi dengan tatahan tembaga sebagai simbol status dan juga kadang kadang tatahan ini dipasak dengan kekuatan mistik. Hulu dan sarung dihiasi dengan rambut yang tebal dan panjang. Rambut pada hulu mungkin rambut dari pemilik gayang , tetapi kadang kadang bulu binatang seperti ekor kuda juga dipakai. Dalam kes yang sangat jarang, terdapat juga rambut hantu yg dilekatkan untuk menambah semangat pedang. Selebihnya rambut musuh yg ditewaskan. Manakala rambut yang menghiasi sarung Gayang biasanya dari rambut rambut musuh yg telah ditewaskan.


Gambar ini menunjukan pegawai polis dari suku kaum dusun dengan bangganya memakai gyang yang tersemat kemas dipinggang. Pedang ini dikatakan bukan sahaja menambah keberanian pemiliknya, malah secara mistik memberi kekuatan mistik kepada pemakai, seperti anti peluru atau kebal dari serangan senjata.


Seorang lelaki dari Suku kaum Dusun Liwan dengan kostum Pakaian Perang tradisional lengkap dengan Gayang dan Kolid (Perisai)




Seorang Ketua dari Suku Kaum Dusun Lobou. Kelihatan Gayang dari jenis Talwar Borneo dipakai secara Sandang. Kelihatan Gayang dalam gambar ini dihiasi dengan lonceng lonceng besar. Lonceng lonceng ini dipercayai boleh memanggil semangat pedang supaya kekal dalam pedang.



Friday, April 21, 2017

Senjata Traditional Sabah

Antara senjata tradisi dari suku kaum dari Sabah. Senjata seperti ini dipakai oleh Pahlawan dari suku kaum tertentu di Sabah ketika berperang atau berlawan dgn musuh lebih 100 tahun yg lalu. Senjata seperti ini dikatakan mempunyai semangat dan tidak boleh dibuat main. Admin akan bercerita lebih lanjut berkenaan dgn senjata senjata seperti ini di masa akan datang.

Gambar admin ambil dari museum Sabah utk tatapan pengunjung blog.

Friday, August 19, 2016

Hanya Utk Tatapan

Keindahan seni ukiran yg berkualiti tinggi dari org dulu dulu sekitar lebih 100 tahun yg lalu pada handle sebuah gayang/mandau.

Tuesday, April 19, 2016

Parang Mandau/ Gayang lama

Sejak akhir akhir ini, admin sgt sibuk mencari senjata senjata borneo lama. Parang gayang, parang ilang dan mcm mcm panggilan mengikut suku kaum yg bnyk terdapat di Sabah dan Sarawak. Rasanya admin sudah obses, dan masih mencari utk koleksi peribadi walaupun sudah mendapat beberapa koleksi yang agak rare.Sukar utk admin bayangkan kepuasan yg admin dapat utk setiap koleksi yg admin perolehi. Dan yg pastinya, utk mendapatkan koleksi yg bagus..bukannya dgn cara yg mudah melainkan melalui perjalanan yg rumit, proses yg lama dan pelaburan wang ringgit. Itu sebabnya admin terpaksa melepaskan beberapa koleksi peribadi yg unik dan "special" utk menambah modal utk memperolehi sesuatu koleksi. Sygnya admin tidak dapat berkongsi dalam blog ini koleksi admin atas sebab sebab tertentu. Kalo ada sahabat sahabat dari sabah dan sarawak yg ingin memaharkan koleksi parang ilang atau gayang.. Admin sgt mengalu alukan, hubungi admin sms/whatapps 0138833342. Mngkin juga kita boleh swap atau barter koleksi.. Semoga admin dapat memelihara warisan yg semakin pupus ini dalam bentuk galeri pada suatu masa nanti. Itulah cita cita admin. Sekian coretan admin. Salam warisan dan budaya dari negeri di bawah bayu.. Terima kasih.

#Foto: kredit kepada kawan sy dari belanda yg empunya koleksi dalam gambar.

Sunday, February 1, 2015

Pedang Perang Kaum Dusun Sabah







Pedang lama kaum dusun di Sabah, mungkin dari hujung abad ke 18 atau awal abad ke-19, berjaya dikesan dengan metal detector. keadaan pedang masih utuh walaupun tanpa sarung dan hulu yg telah hilang dari pereputan tanah.