UNTUK SAHABAT DARI NEGARA JIRAN SEPERTI SINGAPORE, BRUNEI, INDONESIA PEMBAYARAN BARANG BOLEH DILAKUKAN MELALUI WESTERN UNION DAN PAKET DIKIRIM MELALUI EMS NATIONAL COURIER

Thursday, April 29, 2010

Batu Bergerak

Batu ini saya dapat dari seorang makcik yg kesesakan wang. Asalnya saya tak nak batu ini, Tapi pabila masa saya pegang, aura batu ini menyentap langsung jari dan tapak tangan sehingga saya tereranjat sedikit. Auranya mantap sekali. Setelah saya teliti dan uji ,batu ini memang batu. Tapi terkejutnya saya bila saya dekatkan magnet, batu ini boleh melekat pula pada magnet. Ianya sepasang laki dan betina. Pada pengamatan saya batu ini ada unsur besi dan mungkin dalam proses menjadi besi. Ia dijaga oleh seorang Puteri yg berambut panjang sehingga mencecah tanah, dan cantik plak tu.. ish ish

Dan lagi ceritanya, menurut makcik yg tuan asal batu ini, batu ini boleh bergerak sendiri pada waktu2 tertentu. Khasiatnya apa yah?? hehe jeng jeng biarlah rahsia

video
Demo Batu melekat pada magnet

bertemu dengan Grandmaster

Ini adalah aki (datuk) Sipin yg tinggal tinggal di kebayau kota belud sabah. Kini beliau berusia 98 tahun tapi masih sihat dan ceria. Saya telah merencanakan pertemuan ini sudah sekian lama, tapi baru sebulan lalu saya berkesempatan menemui beliau. Beliau ini adalah salah seorang pahlawan dusun yg masih hidup. Beliau mempunyai pengalaman yg luas dalam ilmu kebatinan dan amat disegani oleh polis2. Ini kerana kesah kekebalan beliau telah disaksikan sendiri oleh anggota polis sehingga beliau selalu dikunjungi oleh orang2 yang ingin berjumpa dengan beliau dengan pelbagai hajat. Dalam usia emas ini, beliau lebih suka bersama2 dengan keluarga dan jarang keluar apatah lagi mau menunjuk kebolehan beliau. Aki Sipin ini adalah idol datuk saya yg bergambar bersama dalam gambar dibawah. Dan dari datuk saya inilah saya mengetahui kehebatan aki Sipin ini.




Ini adalah antara barang keramat aki sipin. Saya tak tahu apa di dalam bungkusan ini karna kalau saya berhajat nak tengok ada syaratnya.

Wednesday, April 7, 2010

Mustika Beras! - koleksi peribadi


Nah kalau anda belum pernah nampak mustika beras, salah satu bentuknya adalah macam di atas. saya difahamkan ada macam2 bentuknya geliga beras ini! Yg di atas ini adalah benar2 asli dan dijamin 200% . Saya dapat benda ini dari seseorang yg saya panggil kakak dan beliau telah menyimpan lama benda ini sehinggalah beralih ke tangan saya. kakak itu telah menjumpainya sendiri ketika menyediakan beras utk ditanak. Arwah mak kakak yg punya asal mustika ini telah pernah bermimpi bertemu kadam mustika ini. Ia berbentuk cantik seperti titisan hujan dan menyerupai warna beras dan berkadam alami!

UPDATE 19/4/2010- TELAH DISCAN OLEH GURU YANG HANDAL. HASIL DARI KOMUNIKASI DENGAN KADAMNYA, DIDAPATI IA AMAT BERGUNA UTK PERNIAGAAN DAN PERUBATAN. - NOT FOR SALE!

Daun Taguh

Daun ini dipanggil daun Taguh. Amat popular di kalimantan karna kasiatnya dipercayai kebal kulit kalau daunnya dimakan. Efeknya seharian. Daunnya diambil dari pokok yg tumbuh dihutan belantara. Pokoknya amat jarang dijumpai, dan kalau dijumpai kalau nak petik daunnya ada pantang larangnya dan hanya yg ahli shj yg boleh memetiknya. Daun ini hanya ada 2 keping dalam simpanan, dan telah diberi oleh abang angkat. Daunnya kalau dikeronyok tidak akan rosak kerna ia amat liat. Kalua nak guna, cukup digigit kira2 sebesar kuku dikunyah dan ditelan. Efeknya akan kelihatan seawal 15 menit selepas memakannya. Menurut abg angkat daun ini banyak digunakan oleh pahlawan perang pada masa dulu sebelum pertempuran.