UNTUK SAHABAT DARI NEGARA JIRAN SEPERTI SINGAPORE, BRUNEI, INDONESIA PEMBAYARAN BARANG BOLEH DILAKUKAN MELALUI WESTERN UNION DAN PAKET DIKIRIM MELALUI EMS NATIONAL COURIER

Tuesday, August 30, 2011

SALAM SEMUA!

Rasanya masih tidak terlewat utk sy ucapkan selamat menyambut Hari Raya dan Hari kemerdekaan kepada seluluh warga malaysia dan peminat2 blog sy. semoga anda dirahmati di bulan yg mulia ini dan murah rezeki . AMIN! - ADMIN

Friday, August 19, 2011

My Beloved Collections


SUKAR UTK DI CARI GANTI

Thursday, August 18, 2011

CINCIN RUBAH


Warna Cahaya Biru yg indah dan berkaca jernih

seluruh permata berwarna coklat kehitaman

permata rubah ketika berubah warna kehijauan. Bandingkan dgn warna pada gambar di atas


Batu langka dan misterius ini mendapat banyak jolokan. Ada yg mengatakan mungkin ianya rajabatu posfor (bukan posfor biasa), raja batu dewa, raja cahaya bunian, batu Lamjah,batu cintamani ,geliga ular dan ada juga yg menamakannya batu rubah. Yg pasti, ciri utama yg membezakan batu ini dengan batu posfor biasa ialah, batu ini menyala dengan aura pemakai atau dari cahaya murni alam, dan tidak menyala jika disuluh lampu suluh. Batunya juga agak unik yg mana ia lebih licin berkilat dan ada air kaca, tidak seperti posfor biasa yg kelihatan rapuh dan tidak padat. Malah dalam keadaan biasa bila tidak bercahaya, batu ini juga sering berubah-ubah warna, dan dapat dilihat jelas ketika memakai cincin ini seharian. Ada kalanya batu ini kelihatan hijau coklat, kehijauan, coklat keseluruhan dan kadang2 kehitaman. Dikatakan cincin rubah ini mampu mengeluarkan 7 jenis cahaya, namun ketika dalam simpanan sy ia hanya memancar cahaya 3 warna setakat ini yakni ungu , biru seperti safir dan kadang2 cahaya hijau muda.Asal batu ini adalah dari teman saya dari Kebumen Jawa tengah, menjadi batu kesayangan beliau bertahun lamanya sehingga akhirnya dia bersetuju melepaskan kepada saya. Batu ini terbukti unik dan termasuk dalam kategori VERY VERY RARE!
(NOT FOR SALE!!)
video

kecubung Pengasihan


Cincin ini asalnya dari teman sy dari Bali Indonesia. Barang kesayangan beliau yg telah dilepas dari generasi ke genarasi. kecubung yg antik kini diikat silver murni dengan gold plated desain unik dari bali. Terdapat kisah misteri dari pemilik asal, yg mana salah satunya, cincin ini boleh bergetar pada masa2 tertentu dan mempunyai aura pengasihan yang kuat. - Not For sale (KOLEKSI PERIBADI SAHAJA)

Friday, August 5, 2011

Minyak Balabak

Minyak Balabak adalah minyak yg berasal dari kepulauan di Sabah. Kononnya minyak ini pertama kali ditemui apabila para leluhur dahulu menyaksikan satu kejadian aneh, takala mereka memasuki sebuah hutan mereka mendapati terdapat sepohon pokok yg agak ganjil yg mana menjadi tarikan para unggas2 sehingga apabila mereka bertengek di ranting kayu ajaib ini , maka ia tidak akan sanggup lagi terbang kemana2 dan seterusnya menghabiskan sisa hidupnya bertengek di pohon kayu ganjil itu. Dipendek kan cerita maka kayu ganjil ini di bawa pulang oleh leluhur dan dbuat minyak. Terdapat beberapa jenis minyak terhasil dari kayu ini, sama ada dari akar, pohon, ranting atau bunga. Dikabarkan, minyak yg terhasil dari akar kayu balabak lah yg paling ampuh sehingga sesiapa yg terkena penangan akan menjadi seperti kerbau ditarik hidung. Walau macam mana pun , minyak ajaib dan langka ini bukan senang dikeluarkan dari tempat asalnya. Hanya yg arif sahaja yg akan berhasil membawanya dari pulau balabak. sekarang ini , terdapat banyak minyak balabak yg dipalsukan utk mengaburi mata peminat. Hakikatnya minyak yg penuh misteri ini , bukan mudah utk didapati.
(NOT FOR SALE)

Salam Ramadhan!

Maaf buat teman2 yg mengikuti blog ini kerna agak lama sy tak update blog kerna terdapat bnyk tugasan yg menghalang. Tidak terlalu lewat jika di kesempatan ini sy ucapkan selamat berpuasa bagi semua sahabat yg berbangsa muslim. Salam Rohayu! -Admin

Permata Tarikan


Permata Hasil tarikan dari alam goib oleh guru. Terdiri dari batu cintamani, batu sukma dan geliga ????

Batu Ular Alam Ghoib

Diperolehi secara misteri oleh guru. Asalnya bulat tak teraturan, tetapi kini telah dicanai menjadi sepasang. Cuma 1 yg ada pada saya. Peliknya batu ini kadang2 berubah warna terang hijau kuning dan kadang2 uratnya berubah.