UNTUK SAHABAT DARI NEGARA JIRAN SEPERTI SINGAPORE, BRUNEI, INDONESIA PEMBAYARAN BARANG BOLEH DILAKUKAN MELALUI WESTERN UNION DAN PAKET DIKIRIM MELALUI EMS NATIONAL COURIER

Contact:
Admin Blog
Hp: 0138842498
Whatapps: 0138833342

Wednesday, July 31, 2013

Kecubung Wulung Milik Teman (NFS)

Cuma berbagi keindahan. Memang Mantap habis!

Delima Mirah Retak Seribu.

Menurut ownernya iatu Guru Sollah, ia boleh kebal dan merah air bila dah matang.  Barang kategori mistik.

Artikel Pak Guru Sollah Tumpat dalam Majalah Bicara

Berkat Amalan Selawat Solah Dikurniakan Beratus-Ratus Geliga

Cerita tentang batu-batu aked yang kononnya mempunyai kuasa ajaib, boleh membuat seseorang menjadi kebal memang pernah didengarnya dalam tahun-tahun awal 1990an dulu. Kehebatan batu aked ajaib itu dikatakan memberikan kelebihan kepada pemiliknya heboh diperkatakan. Tapi bagi Mohd. Solahuddin atau Solah, perkara-perkara seperti itu langsung tidak menarik minatnya. Masanya yang ada lebih senang dimanfaatkan dengan bertawassul, mendalami ilmu-ilmu agama, memperbanyakkan zikir dan selawat kepada junjungan SAW. Kecintaannya kepada Rasulullah, kisah-kisah 25 rasul, 10 malaikat, para sahabat, para wali dan imam yang empat. Sehinggalah pada suatu hari dia didatangi oleh seorang hamba Allah yang memberikannya sebutir batu aked. “Seperti biasa, apabila ke masjid menunaikan fardu Jumaat saya akan memilih tempat dekat dengan tiang. Setiap kali, memang tiang yang sama saya akan tuju, jemaah lain yang lazim ke masjid itu memang sudah maklum dengan kebiasaan saya itu.Pada suatu hari Jumaat, saya melihat ada tiga butir batu kecil berwarna putih terletak elok dekat tiang yang tersebut. Batu serupa itu tidak pernah saya lihat sebelum ini, disebabkan keadaan dan rupanya ketika dijumpai saya bawa balik dan simpan. Hari Jumaat yang berikutnya, ditempat yang sama saya temukan lagi tiga butir. Sama seperti minggu sebelumnya. Setiap minggu begitulah keadaannya. Atas rasa ingin tahu, saya tanya orang tua yang arif, katanya batu kecil itu adalah geliga lipan. Lama-kelamaan banyaklah geliga-geliga lipan yang dijumpai dalam masjid itu dapat saya kumpulkan. Disitu saja, saya dapat 21 biji. Geliga lipan yang berwarna kuning, kemudiannya bertukar kehitaman. Warnanya berubah-ubah, yang hitam berubah warnanya menjadi putih.Pendapat yang saya dengar, jika yang berwarna putih itu asalnya dari air liur lipan. Manakala yang hitam itu pula dikatakan telur lipan. Awal dulu, perkara seperti ini sesuatu yang baru bagi saya dan banyak yang saya tidak tahu..” jelas Solah. Masa mula dijumpai, geliga lipan ini kecil saja. Tapi lama-kelamaan ia akan membesar dan terus membesar hingga ke satu tahap ia akan mengecil semula. Satu perkara yang Solah sedari, semuanya berlaku sejak menyimpan batu aked yang diberikan seorang hamba Allah. Dari situ bermulalah lebih banyak geliga-geliga yang datang kepadanya dengan bermacam-macam cara.Ratusan butir geliga lipan yang ditemuinya sebelum ini hanyalah permulaannya saja. “Berikutnya, abang saya menemui geliga dari perut ikan gelama, dua butir geliga yang berwarna merah. Kebetulan seorang yang bertapa di bukit tidak jauh dari kampung kami, singgah dirumah. Dia bercerita banyak perkara tentang geliga ini dan kelebihan-kelebihannya. Ditunjuk sebutir permata miliknya. Katanya, permata tersebut asalnya adalah butir-butir biji delima yang telah menjadi batu. Saya ambil saja pemberiannya. Mungkin kebetulan lagi, tidak lama selepas itu ‘sampai’ pula dua biji lagi geliga lipan..”‘Kurniaan’ batu-batu geliga itu berterusan. Dua tahun lepas, ketika berpindah ke rumah yang didudukinya sekarang, Solah mendapat lagi batu-batu geliganya. “Hari pertama pindah ke rumah ini saya dapat sebutir geliga lipan. Saya temui ketika sedang menunggu orang-orang mengangkat barang-barang naik ke atas rumah. Berterusanlah penemuan geliga-geliga lipan ini pada hari-hari berikutnya. Jumlahnya tidak tentu, ada hari saya temui tiga atau dua butir geliga. Ada juga yang saya jumpai hanya sebutir saja. Tapi setiap hari mesti ada geliga yang saya temui. Begitulah yang berlaku selama sebulan, dalam tempoh itu saja saya dapat 63 butir geliga lipan. Orang kata geliga begitu, begini saya ikutkan saja. Saya tahu benda-benda ini ada rahsianya. Tapi apakah kelebihannya itu, saya tidak tahu. Cara mana kurniaan Allah itu atas hikmahnya, saya tidak tahu.. yang ini, saya baru dapat dalam masa dua minggu. Hendak diikutkan, bermacam-macam geliga yang saya dapat...” ujar Solah. Dia menunjukkan salah satu dari geliga-geliga yang banyak didepannya yang diisinya ke dalam piring-piring kecil supaya mudah dijelaskan satu-persatu. Setiap geliga menyimpan cerita-cerita tersendiri yang menarik untuk dikongsi. “Geliga lipan yang ini saya temuinya dalam batu, ketika menolong mangsa rumah terbakar. Ramai orang lain yang ada disitu, peliknya saya seorang saja yang nampak geliga lipan yang berwarna kuning terang ini. Bukannya satu, tapi banyak. Mereka tidak nampak geliga didepan mata. Seperti ia sengaja ditujukan untuk saya. Melihat saya yang menguis-nguis sisa kebakaran, ada kawan yang menegur. Mengenangkan geliga serupa saya telah ada banyak dirumah, yang ini saya berikan 7 butir kepada kawan yang ada disitu. Baki 9 butir lagi saya simpan. Tapi, geliga lipan yang baru saya dapat itu ghaib pada hari yang sama. Dari kawan yang saya berikan geliga itu, katanya dia telah memberi geliga lipan yang ada padanya itu kepada empat orang pelajar sekolah pondok yang datang ke rumahnya. Saya tidak berkata apa, lagipun saya sudah berikan padanya maka terpulanglah jika dia mahu menyimpan atau memberikan kepada orang lain pula..” Jika kehilangan geliga-geliga lipan yang ada dalam simpanannya ada kaitan dengan perkara tersebut, Solah tidak tahu.“Ini pula saya dapat dipasar. Dalam kami berbincang ditengah-tengah ramai, saya nampak batu ini terletak betul-betul disebelah orang yang ramai-ramai itu.Peliknya orang lain tidak nampakkah permata ini? Batu permata itu bukannya terlindung dari pandangan, ia barang nyata. Bukannya barang alam ghaib. Kalau ghaib saya pun tak nampak juga, saya bukannya tahu akan hal-hal kebatinan ini. Permata itu saya ambil, simpan dalam kocek. Kata orang tua yang saya tanya, benda ini asalnya lembut. Dikatakan, didalamnya ada tiga telaga. Cara mana orang tua ini melihatnya, dengan ilmunya barangkali, dengan berhubung dengan alam ghaib..” Tempat Solah terjumpa geliga-geliga ini tidak menentu, malah kadangkala tidak munasabah. Selain dirumah, ada yang dijumpai ditengah jalan, dipejabat malah dipasar yang sesak dengan manusia. “Mulanya saya sangka ia geliga embun, saya simpan dalam bekas yang diisikan air zam-zam. Apabila diletakkan didalam gelas ia nampak bercahaya. Menurut seseorang yang katanya boleh berkomunikasi dengan alam ghaib, benda ini sebenarnya bukan geliga embun. Malah, ianya bukan datang dari alam mi. Katanya barang ini jatuh dari atas, dari alam kayangan! Kata orang itu lagi, benda ini ada tujuh biji semuanya yang jatuh disekitar sini, setiap satunya ada tuan puteri kayangan yang menjaganya. Antara percaya dengan tidak, saya cuba ingat-ingat balik. Setakat ini saya sudah temui empat yang sepertinya. Saya jumpa setiap satunya ditempat yang jauh antara satu sama lain tapi semuanya disini. Ada yang jumpa di pejabat, dijalan besar, di rumah malah dibawah busut di pasar. Merata-rata tempat, dijalan-jalan yang berbeza-beza disekitar Tumpat ini. Kata orang itu lagi, geliga ini untuk kebal, juga boleh digunakan untuk penawar ..”Selalunya apabila menyentuh tentang geliga dan permata yang diperolehi secara misteri begini seringkali khasiatnya dikaitkan untuk kehebatan diri. Ada yang kata untuk ilmu kebal. Ada juga yang mendakwa sebagai pelaris. Malah dikatakan ada geliga yang boleh memberikan seseorang itu pandangan telus, macam sinar x ray! Bagi Solah sendiri, dia lebih suka mendengar pandangan dari ramai orang setiap kali menjumpai geliga yang baru. Selebihnya, terpulang pula pada cara masing-masing sama ada menggunakannya untuk kebaikan mahupun sebaliknya. “Beberapa orang yang saya jumpa, kata mereka setiap geliga yang saya jumpa ini ada penjaganya. Diantaranya dipercayai penjaganya seorang perempuan. Saya pernah mendengar suara orang perempuan mengaji didalam bilik, tempat saya menyimpan geliga-geliga ini. Bagi saya, geliga ini adalah anugerah istimewa pada saya..” Jika ada yang berhajatkan geliga-geliga ini untuk tujuan perubatan, digunakan untuk menolong orang, Solah tidak keberatan untuk menukar miliknya dengan nilai yang tertentu. Dia sedia berbincang. “Asalkan beragama Islam dan sanggup dengan bayarannya, insyaAllah boleh. Saya gunakan istilah tukar milik, kerana duit yang diterima bukan semata-mata untung dari jual beli. Saya tidak ambil semua, sebahagiannya hendak saya sedekahkan kepada orang susah, anak-anak yatim. Saya pun pernah hidup susah, jadi dengan duit yang diperolehi dan sekadar yang mampu dapat juga saya menolong orang lain. Bagi saya, walau makanan sudah dalam mulut pun, kalau bukan rezeki kita ia boleh saja terjatuh. Setiap rezeki yang kita dapat, kena ingat bahawa ada rezeki orang lain bersekali dengan kita..”Menginsafi bahawa setiap keajaiban yang ada berlaku didunia ini adalah kuasa Allah yang memungkinkan segala-galanya, nasihat Solah, “Kebal, pelaris atau apa saja yang dikatakan keistimewaan barang-barang seperti ini, itu adalah keindahannya. Kelebihan itu adalah hak Allah untuk memberikannya kepada sesiapa saja. Barang-barang ini sebagai ‘asbab’ saja. Siapakah kita yang mahukan hebat dan kebal? Rasulullah SAW, Baginda kekasih Allah juga cedera dalam peperangan. Tidak kebal walaupun Baginda dikurniakan mukjizat. Sedangkan kita ini pula umatnya, siapalah kita ini yang mahu lebih dari Baginda? Ada yang menuntut ilmu kebal, maka dengan izin Allah dia berjaya mendapat kebal. Selepas itu dengan kehebatan diri, terdorong pula mahu menunjuk-nunjuk. Maka ketika itu iblislah yang masuk, menghasut supaya kita mahu berlebih-lebih lagi... dengan apa jalan sekalipun. Nauzubillah. Semoga dihindarkanlah kita dari perkara-perkara seperti itu..”“Ada orang percaya, geliga-geliga seperti ini boleh buat tarik duit. Malah ada juga yang mengaku telah berhasil. Saya tidak menafi kerana setiap yang berlaku dialam ghaib ini, adalah bukti kebesaran Allah yang bermacam-macam..” Menjelaskan mengenai ‘khadam ayat’ sebagaimana yang selalu menimbulkan kekeliruan bagi mereka yang tidak tahu, terang Solah, “Seluruh Al quran mempunyai 6666 ayat, dalam setiap ayat-ayat suci ini setiap satunya mempunyai khadamnya iaitu penjaga atau suruhanNya. Maksudnya disini, khadam-khadam ini bukannya menjadi suruhan kita, manusia hanyalah hamba Allah yang kerdil saja. Khadam ini adalah suruhan Tuhan al Khaliq. Seluruh isi al Quran itu adalah penawar, kita wajib mengamalkannya. Dalam solat menjadi rukun untuk membaca surah ummul kitab, al fatihah. Diwajibkan kita membacanya setidak-tidaknya 17 kali sehari, dalam setiap rakaat ketika menunaikan solat fardu lima waktu sehari semalam. Apabila kita menggunakan ayat-ayat al-Quran sebagai doa, mestilah ianya dijadikan amalan sehari-hari. Bukannya dibacakan ketika terdesak sahaja...”“Mengenai batu-batu dan geliga-geliga ini, saya tidak menuntut ilmu-ilmu atau amalan yang tertentu untuk mendapatkannya. Mungkin ada kelebihan yang hendak diberikan pada kita, geliga ini jadikan sebab saja. Setiap yang sesuatu pasti ada kebaikannya. Sebenarnya apa saja yang kita lakukan, bergantung pada niat dalam hati. Berniat yang baik maka yang baik jugalah jadinya. Sebab itu dikatakan hati itu raja, maka kita pandulah hati itu dengan akal, dengan pertimbangan. Itulah yang membezakan manusia dengan binatang, iaitu akal..” ujarnya yang sentiasa mengamalkan selawat dan berzikir.ø Bicara. Julai 2010.

Batu aked Biru

Khasiat kebal darurat dan pembuka pintu rezeki. Barangan mistik Pak Guru Sollah. Hubungi admin jika berminat. Sms 0138842498/ whatapps 0138833342

Monday, July 22, 2013

Kecubung Pengasihan (Termahar)

Asalnya cuma batu sahaja. Sy telah dapatkan batu ini dari seorang otai yg tinggi ilmunya dalam bidang mistik. Khasiatnya utk pengasihan dan karisma. mudah berbualdan dsenangi teman, lawan jenis mahupun majikan. Kini sudah diikat silver campur sais 18. Ikatan tebal dan enak dpakai. Hubungi admin jika berminat di 0138842498/whatapps 0138833342